Pertumbuhan gigi: Saat penting dalam perkembangan bayi

Pertumbuhan gigi: Saat penting dalam perkembangan bayi

Pertumbuhan gigi bayi

image

  • Pertumbuhan gigi bukan suatu tahap perkembangan yang dicapai oleh bayi sekaligus. Peralihan dari senyuman bergusi ke sebuah mulut penuh dengan gigi adalah perjalanan yang akan terjadi dalam masa tiga tahun pertama usia anak anda.
  • Perjalanan itu bermula dari dalam rahim. Ketika ibu mengandung, bakal gigi bayi anda telah berkembang. Ini ialah asas bagi gigi bayi (juga dikenali sebagai gigi susu). Bakal gigi itu akan menembus permukaan gusi di antara usia tiga bulan dan 12 bulan.
  • Kemunculan gigi pertama adalah tanda yang menunjukkan bayi anda sedang tumbuhmenjadi lebih besar. Anda biasanya akan melihat gigi pertamanya pada sekitar usia enam bulan. Ketika ini jugalah biasanya diet bayi mulai mengkonsumsi makanan padat.
  • Apabila dia mencapai usia tiga tahun, anak sudah ada mulut yang dipenuhi gigi yang sudah mulai memnuhi rongga mulutnya.

Gigi Tumbuh 

  • Meski jarang, satu daripada 2,000 bayi dilahirkan dengan sebatang gigi atau dua! Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi pertama mereka pada usia enam atau tujuh bulan. Bagi bayi yang cepat tumbuh gigi, puncak putih (biasanya gigi kacip atau insisor tengah yang terletak di rahang bawah) akan muncul seawal bulan ketiga, sementara bayi yang lambat pertumbuhan gigi mungkin perlu tunggu sehingga dia berusia hampir setahun.
  • Gigi yang terakhir (gigi geraham kedua, terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah) biasanya sudah tumbuh menjelang tahun kedua.
  • Pada usia tiga tahun, anak anda sepatutnya sudah memiliki set lengkap 20 gigi bayi.

Bagaimana Perkembangan Gigi 

  • Untuk kebanyakan bayi dan orangtua tumbuhnya gigi pertama pada bayi tidak mengenakkan, dan hal itu merupakan awal menjadi proses yang panjang. Simptom awalnya termasuk air liur meleleh yang berlebihan dan kesakitan yang agak teruk. Ini selalunya bermula selama sebulan atau dua bulan sebelum kemunculan gigi tersebut.
  • Orangtua mungkin terpaksa tidak tidur semalam hanya untuk menenangkananaknya sedang rewel ketika giginya yang sedang tumbuh menembus gusi. Untuk mengurangkan kesengsaraannya, bayi anda akan mula menggigit, tetapi bukan kerana marah atau bersikap ganas. Berikanlah sesuatu untuk digigitnya atau gosok gusinya dengan jari anda untuk membantunya mengurangkan kesakitan.
  • Gusi menjadi bengkak apabila gigi hendak muncul dan ini akan menyebabkan pipi anak anda kelihatan lebih besar.
  • Walaupun sesetengah ibu bapa mendakwa bahawa anak mereka akan demam atau cirit-birit semasa gigi hendak muncul, kebanyakan pakar setuju bahawa pertumbuhan gigi tidak mengakibatkan penyakit. Barangkali anak anda sedang menghidap demam selesema, flu atau ada masalah sakit perut, jadi bawalah dia berjumpa dengan doktor.
  • Untuk mereka yang bernasib baik, pertumbuhan gigi adalah proses pengubahsuaian mulut yang tidak menyakitkan. Satu minggu bayi anda tersengih tanpa gigi, dan minggu yang satu lagi ternampak puncak putih bergerigis pada permukaan gusinya. Raikanlah gigi pertamanya dengan menangkap banyak gambar, dan catatkan tarikh ketibaannya di dalam buku bayi anda.
  • Gigi tumbuh dengan berturut-turut, mula-mula yang di depan sebelah bawah, kemudian yang di tengah sebelah atas, diikuti yang di tepi dan belakang. Pertumbuhan gigi adalah mengikut keturunan, jadi jika anda mendapat gigi anda awal, barangkali anak anda akan sama juga.

Perkembangan Gigi Selanjutnya

  • Gigi bayi tidak akan lepas  sehingga gigi tetap anak anda sudah mulai tumbuh, yaitu sekitar usia enam tahun.
  • Ternyata oragtua tidak dapat melakukan apa-apa untuk membuat gigi anak tumbuh anda  muncul, tetapi anda boleh menolong mengurangi nyerinya bila proses itu muncul.
  • Berikan anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti gelang gigit yang disimpan dalam lemari es. Anak boleh mendapatkan sedikit keleluasaan memakan makanan sejuk, seperti puri apel atau yogurt, terus dari peti sejuk.
  • Jika bayi anda benar-benar dalam kesakitan, anda boleh berikan paracetamol sesuai dosis yang ditetapkan. Jika anak anda demam biasanya bukan karena tumbuh gigi. Biasanya demam bias diebabkan karena factor infeksi seperti infeksi virus, batuk, pilek atau infeksi lainnya.
  • Apabila giginya sudah tumbuh, mak kebersihan gigi dan perawatan gigi sangat penting bagi anak anada. Untuk tahun yang pertama, anda tidak perlu betul-betul membersihkan giginya, tetapi cubalah bersihkannya sekurang-kurangnya sekali sehari, mungkin sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya. Anak anda mungkin tidak suka berus dimasukkan ke dalam mulutnya, sebaliknya lapkan gusi dan giginya dengan mengunakan kain bersih sahaja.
  • Anda juga tidak harus menidurkan anak anda dengan botol susu. Susu tepung dan susu badan boleh mengumpul di dalam mulut bayi anda waktu tidur dan mengakibatkan penyakit yang dikenali sebagai kerosakan gigi botol bayi.
  • Konsultasikan dengan dokter anak atau doktor gigi  anda apakah perlu memberikan anak anda fluorida (pencehgahan ini hanya diperlukan jika anda tinggal di kawasan yang sumber airnya tidak ditambahkan fluorida).
  • Pada sekitar usia 18 bulan, anak anda mungkin sudah bersedia untuk belajar membersihkan atau menyikat giginya sendiri. Anda harus membantu cara menggosok gigi dengan baik dan benar. Tunjukkan cara untuk menggerakkan sikat gigi pada giginya. Gunakan sikat gigi  yang lembut dan sedikit saja pasta gigi Anda tidak perlu menggosok gigi dalam suatu arah yang tertentu, hanya perlu keluarkan cebisan makanan dan bersihkan permukaan gigi dan gusi.
  • Jika anak anda tidak suka rasa dan aroma pasta gigi, cobalahrasa lainnya. Anda tidak memerlukan mungkin tidak memerlukan pasta  gigi kecuali jika diet anak anda mengandungi banyak makanan bergula – yang anda harus dihindarkan juga. Jika dia ada menikmati gula-gula, pastikan setelah itu membersihkan giginya setelah makan.
  • Sekitar hari ulangtahun yang ketiga, berkonsultasilak ke dokter gigi anda supaya anak anda dapat membiasakan diri dengan proses pemeriksaan gigi.

Apa Yang harus dikawatirkan

  • Bayi prematur mungkin akan mendapat gigi mereka lewat beberapa bulan. Jika anda masih tidak nampak sebarang tanda kemunculan gigi pada penghujung tahun pertamanya, bangkitkan perkara ini semasa pemeriksaan dokter yang akan datang.
  • Jika anak anda ada semua tanda-tanda pertumbuhan gigi seringkali ditandai air liur meleleh, gusi bengkak – tetapi tampak kesakitan yang berlebihan (tangisan yang tidak dapat diredakan dengan berbagai cara).
Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s